Khairat Kematian

Derma Kebajikan Khairat Kematian

Tujuan Kebajikan Khairat Kematian adalah untuk member bantuan kepada anggota-anggota yang berada dalam kesusahan kerana perkara-perkara berikut :-

a) Kematian;
b) Membiayai perbelanjaan pengurusan jenazah dan sebagainya apabila berlaku kematian pada anggota dan keluarganya.

Kadar Bantuan/Sumbangan yang diberikan kepada penerima adalah seperti berikut :

a) Kematian anggota sebanyak RM 1,000.00;
b) Kematian suami atau isteri anggota sebanyak RM 500.00;
c) Kematian ibu bapa anggota sebanyak RM 300.00;
d) Kematian anak kandung, anak angkat dan anak tiri yang sah sebanyak RM 300.00; dan
e) Jumlah bantuan atau sumbangan bagi tujuan selain daripada yang ditetapkan di atas adalah bergantung kepada budi bicara Lembaga untuk menentukan.

Bagi memproses permohonan,waris atau pemohon hendaklah melengkapkan dokumen-dokumen tersebut :-

a) Borang Permohonan
b) Salinan Sijil Kematian
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Surat Beranak
e) Salinan Sijil Nikah

***Rujuk Aturan Derma Khairat Kematian untuk maklumat lanjut

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933

Borang Permohonan Bantuan Wang Khairat [wpdm_file id=15]
Aturan Aktiviti Derma Khairat Kematian [wpdm_file id=16]