Monthly Archives: January 2020

HEBAHAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN DAERAH JOHOR BAHRU BERHAD

Assalamualaikum. Untuk makluman, Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 54 pada tahun ini. Oleh itu, pemilihan Anggota Lembaga akan dibuat pada sesi Mesyuarat tersebut. Berikut adalah iklan bagi mengisi Borang Pencalonan Anggota Lembaga sesi 2020-2022. Anggota-anggota yang berminat dipelawa bagi mengisi Borang tersebut. Borang boleh didapati di pejabat koperasi.

Majlis Ikrar Pekerja Baru

18 Januari 2020: Seramai 5 orang pekerja baru Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Berhad telah memabaca Ikrar Pekerja di hadapan barisan anggota lembaga Koperasi pada Mesyuarat Lembaga Bil.11/2019-2020. Ikrar yang dilafazkan bertujuan untuk membolehkan warga kerja menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik -baiknya.

Koperasi telah melantik 1 orang pengurus, 1 orang Pen. Peg. Sistem Maklumat, 1 orang Pemb. Eksekutif, dan 2 orang Pemb. Eksekutif Rendah. Pihak pengurusan mengharapkan pelantikan mereka dapat sedikit sebanyak dapat meningkatkan mutu operasi harian Koperasi.

Pekerja – pekerja baru koperasi melafazkan ikrar pekerja di hadapan barisan anggota lembaga koperasi

Kursus Asas Anggota Lembaga Koperasi

11 Januari 2020 : Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad telah menganjurkan sebuah Kursus kepada anggota – anggota Koperasi berkenaan asas menjadi Anggota Lembaga Koperasi. Kursus yang dihadiri seramai 6 orang anggota koperasi.

Objektif kursus tersebut adalah untuk memperkenalkan kepada semua anggota KOOPJB berkenaan pengenalan Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Kewangan dan Pelantikan & Fungsi ALK. 

Pertandingan Mereka Cipta Logo Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis KPKDJBB

PENGENALAN PUSAT PERKHIDMATAN KESIHATAN HEMODIALISIS KPKDJBB SDN BHD

Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis KPKDJBB Sdn. Bhd yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah anak syarikat kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad . Satu gerakan Jawatankuasa telah diwujudkan bagi memastikan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis ini beroperasi dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuka Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis yang akan beroperasi di alamat NO : 1 & 3 , JALAN KEBUDAYAAN 1 , TAMAN UNIVERSITI , 81300 SKUDAI , JOHOR DARUL TAKZIM. Penubuhan ini yang bertujuan untuk menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis khususnya kepada penjawat awam dan masyarakat umum di kawasan Johor Bahru sebagai salah satu inisiatif memberikan sumbangan sosial kepada masyarakat.

Koperasi menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kewujudan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis KPKDJBB bagi memenuhi keperluan pesakit buah pinggang yang semakin meningkat setiap tahun di Malaysia terutamanya di kalangan penjawat awam, anggota / keluarga koperasi dan masyarakat .

Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis KPKDJBB Sdn. Bhd mengalu – alukan pesakit – pesakit buah pinggang menyokong penuh untuk pembukaan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis KPKDJBB dengan menghubungi Kumpulan Gerakan kami iaitu Pengerusi Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis KPKDJBB kami iaitu; Rashidah binti Md. Taib di talian 013-769 3244 atau Norhafizah binti Zakaria (Setiausaha Jawatankuasa) di talian 012–7307871 / Norsida binti Amdzah (016-731 2559) atau Urusetia Azian binti Dahlan ( 011-2117 7282) / Harlina binti Md. Aris (010-653 9596/017-638 3426)

Tujuan pertandingan ini juga di adakan adalah bagi membolehkan masyarakat daripada pelbagai latarbelakang melibatkan diri dalam proses pembukaan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Hemodialisis dengan menawarkan hadiah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja), serta piala dan sijil penghargaan kepada Pemenang.