Pendidikan

Sumbangan Galakan Pendidikan KOOPJB

Sumbangan Galakan Pendidikan diberikan kepada anak-anak anggota yang cemerlang dalam pelajaran bagi menggalakan anak-anak anggota terus maju dan cemerlang. Selain itu, sumbangan ini juga diberikan kepada anggota yang menyambung pelajaran dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Syarat-syarat Permohonan Sumbangan Galakan Pendidikan adalah seperti berikut :-

a) Individu yang diterima menjadi anggota koperasi ini dan telah menjelaskan yuran masuk, syer dan yurannya yang pertama layak memohon derma ini.
b) Semasa memohon anggota mestilah sah keanggotaannya.
c) Satu permohonan untuk satu sijil peperiksaan yang sama.

Calon-calon yang dipilih untuk menerima hadiah pelajaran bagi anak anggota dan anak pekerja Koperasi adalah terdiri daripada kategori berikut :-

a) Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) – 5A
b) Darjah Khas (Sekolah Agama Johor) – Pangkat 1
c) Penilaian Menengah Rendah (PMR) – Minimum 6A
d) Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) – Minimum 6 Mumtaz
e) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Minimum 6A
f) Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) – Minimum 6A
g) Sijil Menengah Agama (SMA) – Minimum 6 Mumtaz
h) Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia – Minimum 3.5 pointer
i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) – Minimum 3 Prinsipal (3A)
j) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Minimum 3 Prinsipal (3A)

Calon-calon yang dipilih untuk menerima hadiah pelajaran bagi anggota dan pekerja Koperasi adalah terdiri daripada kategori berikut :-

a) Diploma (IPTA) – Minimum 3.0 pointer
b) Ijazah (IPTA) – Minimum 3.0 pointer

Permohonan untuk hadiah pelajaran hendaklah dibuat menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh KOOPJB beserta sokongan yang disahkan.

Tempoh sah permohonan adalah setahun. Permohonan hendaklah dibuat 1 Januari hingga 31 Disember selepas tahun sesuatu peperiksaan.

***Rujuk Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Galakan Pendidikan untuk maklumat lanjut

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933

Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Galakan Pendidikan