Am

Derma Kebajikan Am

Tujuan Kebajikan Am KOOPJB adalah bagi memberi bantuan kepada anggota-anggota KOOPJB yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan yang dialami.

Derma Kebajikan Am di berikan seperti senarai berikut :-

a) Kematian anggota, keluarga anggota dan ibu bapa.
b) Anak Yatim
c) Mereka yang berada di dalam keadaan kesusahan seperti kebakaran rumah, banjir, tanah runtuh dan bencana alam yang lain menyebabkan kerosakan harta benda.
d) Bantuan kepada badan-badan sukarela, kelab-kelab kebajikan, surau, masjid serta pertubuhan-pertubuhan yang bertujuan untuk kebajikan sosial.
e) Mereka yang berada dalam kesusahan mengikut budibicara Lembaga.
f) Banjir yang menyebabkan perabot dan kelengkapan rumah musnah atau rosak.
g) Tanah runtuh menyebabkan kerosakan kepada kediaman.
h) Bencana-bencana alam yang lain yang menyebabkan kerosakan kepada harta benda anggota.
i) Memberi bantuan kepada anggota-anggota serta tanggungan untuk perbelanjaan perubatan bagi penyakit kronik yang pada pendapat Lembaga boleh diberi bantuan.
j) Memberi sumbangan bagi memperingati peristiwa penting yang berlaku dikalangan anggota.

***Rujuk Aturan Derma Kebajikan Am untuk maklumat lanjut

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933

Aturan Derma Kebajikan Am
No announcement available or all announcement expired.