Skim Tabarru’

Kumpulan Wang Tabung Tabarru’

Tabung Tabarru’ adalah Kumpulan Wang Tabarru’ yang diperoleh daripada anggota bagi tujuan manfaat faedah bersama bagi sumbangan kepada anggota yang mengalami Musibah iaitu apa-apa kemalangan atau penyakit yang dihadapi oleh anggota dan pekerja koperasi.
Peserta Skim Tabarru’ terdiri daripada anggota atau pekerja Koperasi yang membayar caruman di dalam Skim Tabarru’.

Caruman Tabaung Tabarru’

a) Caruman Tabung Tabarru’ adalah wajib bagi setiap anggota koperasi yang baru dan caruman dibuat melalui potongan gaji bulanan.
b) Caruman minimum Tabung Tabarru’ ialah RM 10.00 sebulan dan had maksimumnya ialah RM 50.00.
c) Peserta boleh menambah caruman dengan nilai gandaan RM 10.00 hingga ke had maksimumnya dan hanya sekali pada setiap tahun.
d) Sumbangan Tabarru’ diagihkan kepada tiga (3) sub akaun iaitu :

i) Akaun Peserta (60%)
ii) Akaun Derma dan Khairat (20%)
iii) Akaun Upah Pengurusan (20%)

Penerima Sumbangan Tabarru’

1. Kemasukan Ke Wad

i) Seseorang peserta itu didaftarkan dan dimasukkan ke mana-mana wad samada hospital kerajaan atau swasta (bermalam) kerana apa jua sebab perubatan.
ii) Tuntutan Derma Kemasukan Ke Wad hendaklah dibuat oleh peserta dalam tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan dari tarikh berlakunya musibah ke atas peserta.

2. Khairat Kematian

i) Waris peserta hendaklah menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti borang tuntuan, atau sijil kematian dan surat akuan sumpah hendaklah disertakan semasa mengemukakan tuntutan kepada Koperasi.
ii) Tuntutan Derma Khairat Kematian hendaklah dibuat oleh peserta dalam tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan dari tarikh berlakunya musibah ke atas peserta.

***Rujuk Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Tabung Tabarru’ (Skim Tabarru’) untuk maklumat lanjut.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933

Borang Permohonan Skim Tabarru’
Borang Tuntutan Derma Khairat Kematian
Borang Permohonan Derma Kemasukan Wad/Hospital
Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Tabung Tabarru’ (Skim Tabarru’)