Pembiayaan Bai’ Al-Inah (Peribadi)

Pembiayaan Bai’ Al-Inah

Bai’ Al-Inah adalah jual beli yang diharuskan oleh hukum Syarak bagi tujuan memenuhi keperluan tunai seseorang. Bai’ Al-Inah merupakan satu kaedah :

a) Menjual sesuatu aset dengan harga tangguh dan kemudian membelinya semula daripada pembeli secara tunai ; ataupun
b) Membeli sesuatu aset dengan harga tunai dan kemudian menjualnya semula pada harga tangguh.

Kadar maksimum pembiyaan adalah sebanyak RM 100,000.00 dan tempoh pembayaran balik tidak melebihi 120 bulan.

Syarat kelayakan Pinjaman

a) Telah menjadi anggota Koperasi
b) Tidak melebihi 60% pendapatan bulanan

Permohonan hendaklah dibuat di atas borang rasmi KOOPJB dan pemohon hendaklah terlebih dahulu melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan.

***Rujuk Aturan Aktiviti Pembiayaan Bai’ Al-Inah untuk maklumat lanjut.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933

SILA MUAT TURUN BORANG PADA LAMAN MUAT TURUN DIHALAMAN PERKHIDMATAN.