Sejarah Koperasi

Latar Belakang KOOPJB

Koperasi ini telah ditubuhkan pada 1 Mac 1950 atas nama “The Johor Bahru District Government Employees Cooperative And Loan Society Limited” dan antara penaja penubuhan koperasi ini ialah Prof. Ungku Aziz dan juga Tan Sri Ahmad Perang.

Dengan berkuatkuasanya, Akta Koperasi 1993, maka koperasi menukar nama kepada “Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad”.

Keanggotaan Koperasi ini adalah terdiri daripada semua lapisan Pegawai Kerajaan Negeri/Perseketuan, Separuh Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.

Koperasi ini adalah sebuah badan yang diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi di bawah pengawasan Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri. Berperanan sebagai organisasi dalam membina satu masyarakat yang terdiri daripada anggota Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru yang mengalakkan budaya menabung, melabur, jimat cermat dan pinjam meminjam bagi mencapai kestabilan ekonomi dan sosial.

Anugerah KOOPJB

  1. Anugerah Khas JPK Hari Kualiti Koperasi Peringkat Kebangsaan 2001
  2. Anugerah Kualiti Koperasi Kredit Hari Kualiti Koperasi Negeri Johor 2003
  3. Anugerah Kualiti Premis Terbaik Hari Kualiti Koperasi Negeri Johor 2003
  4. Anugerah Kualiti Koperasi Utama Hari Kualiti Koperasi Johor 2003
  5. Anugerah Khas Koperasi Kredit Hari Koperasi Negara 2004
No announcement available or all announcement expired.