Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil

Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil

Bai’ Bithaman Ajil adalah jual beli dimana koperasi bersetuju untuk membeli barang yang dicadangkan oleh anggota dan kemudian dijual kepada anggota dengan harga tangguh termasuk kadar keuntungan dan dibayar balik secara ansuran.

Kadar maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM 200,000.00 dan tempoh pembiayaan terbahagi kepada 3 iaitu :-

a) Rumah – 15 tahun
b) Tanah – 15 tahun
c) Kenderaan – 9 tahun

Kategori Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil adalah :-

a) Barangan kelengkapan rumah dan barangan elektrik
b) Kenderaan motosikal atau kereta
c) Insurans kenderaan

Kelayakan Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil :-

a) Telah menjadi anggota Koperasi
b) Surat pengesahan jawatan
c) Tidak melebihi umur 56 tahun
d) Tidak melebihi 60% pendapatan bulanan
e) Berjawatan tetap (bagi jawatan kontrak hendaklah mengikut tempoh perkhidmatan)

Permohonan hendaklah dibuat di atas borang rasmi KOOPJB dan pemohon hendaklah terlebih dahulu melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan.

***Rujuk Aturan Aktiviti Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil untuk maklumat lanjut.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PIHAK KOOPJB :-
TEL: 07-223 2201/223 0201
FAKS: 07-224 2933

Borang Permohonan Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil
Aturan Aktiviti Pembiayaan Bai’ Bithaman Ajil
No announcement available or all announcement expired.