Kunjungan Hormat Ke Pejabat Mufti Negeri Johor

7 Oktober 2020: Wakil Anggota Lembaga Koperasi diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Dato’ Ali (Timbalan Pengerusi Koperasi) bersama Tn. Hj. Mohd Salleh bin Sulaiaman (Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Galakan Pendidikan KOOPJB) dan En. Sufianhadi bin Mohd Rais (Pengerusi Jawatankuasa Ar – Rahnu KOOPJB) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Mufti Negeri Johor, YB Sahibus Samahah Dato’ Hj. Yahya Bin Ahmad dengan tujuan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan Syariah KOOPJB.