Pihak pengurusan KOOPJB dengan ini mengumumkan bahawa bayaran dividen kepada anggotanya bagi keuntungan daripada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 akan mula dilakukan secara berperingkat bermula pada 5 – 12 Oktober 2020. Pembayaran akan dibuat secara atas talian ke akaun perbankan yang telah didaftarkan oleh anggota KOOPJB. Sila hubungi kami di talian 07 – 223 2201/0201 untuk sebarang urusan atau maklumat lanjut. Mohon kerjasama untuk dihebahkan maklumat ini kepada anggota kenalan tuan/puan. Sekian, Terima kasih.
