Majlis Ikrar Pekerja Baru


18 Julai 2020: Seramai 2 orang pekerja baru Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Berhad telah membaca Ikrar Pekerja di hadapan barisan anggota lembaga Koperasi pada Mesyuarat Lembaga Bil.16/2019-2020. Ikrar yang dilafazkan bertujuan untuk membolehkan warga kerja menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik -baiknya.

En. Mahfidz (Kiri) dan En. Amir (kanan) membacakan ikrar pekerja sambil disaksikan oleh Anggota Lembaga KOOPJB.

Koperasi telah melantik 1 orang Pemb. Eksekutif (Kewangan), dan 1 orang orang Pemb. Eksekutif Rendah. Pihak pengurusan mengharapkan pelantikan mereka dapat dapat meningkatkan mutu operasi harian Koperasi.