Daily Archives: July 26, 2020

KOOPJB Dianugerahkan Sebagai Koperasi Tebaik Negeri Johor 2019

23 Julai 2020: Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad telah dianugerahkan dengan tempat kedua sebagai Koperasi Terbaik bagi Negeri Johor tahun 2019.

Pengerusi Koperasi, En. Mahdon bin Hj Tasim menerima Plak Penghargaan daripada Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Setiausaha Koperasi, Tn. Hj. Zaulkefli menerima sijil penganugerahan daripada pihak SKM

Penganugerahan sijil dan plak penghargaan telah diterima oleh Pengerusi Koperasi, En. Mahdon bin Hj Tasim sambil disaksikan oleh Setiausaha Koperasi, Tn. Hj. Zaulkefli di Trove Hotel, Johor Bahru.

Pengurusan Koperasi mengucapkan terima kasih kepada kepada semua anggota, yang terus memberikan sokongan, pandangan dan keyakinan mereka kepada pengurusan Koperasi. Koperasi akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggotanya.