23 Julai 2020: Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad telah dianugerahkan dengan tempat kedua sebagai Koperasi Terbaik bagi Negeri Johor tahun 2019.



Penganugerahan sijil dan plak penghargaan telah diterima oleh Pengerusi Koperasi, En. Mahdon bin Hj Tasim sambil disaksikan oleh Setiausaha Koperasi, Tn. Hj. Zaulkefli di Trove Hotel, Johor Bahru.
Pengurusan Koperasi mengucapkan terima kasih kepada kepada semua anggota, yang terus memberikan sokongan, pandangan dan keyakinan mereka kepada pengurusan Koperasi. Koperasi akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggotanya.