Category Archives: Lain-lain

Tawaran Sebutharga


KOOPJB mempelawa kepada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM atau Kementerian Kewangan Malaysia bagi Kerja – Kerja Mencetak Buku Mesyuarat Agung Tahunan ke 54 KOOPJB.
Tuan/Puan boleh mendapatkan borang sebutharga dengan cara :

1) Menghubungi : 07 – 223 2201/0201
2) E-mail : mail@koopjb.my
3) Hadir ke Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

Sekian, Untuk makluman.

KOOPJB Dianugerahkan Sebagai Koperasi Tebaik Negeri Johor 2019

23 Julai 2020: Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad telah dianugerahkan dengan tempat kedua sebagai Koperasi Terbaik bagi Negeri Johor tahun 2019.

Pengerusi Koperasi, En. Mahdon bin Hj Tasim menerima Plak Penghargaan daripada Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Setiausaha Koperasi, Tn. Hj. Zaulkefli menerima sijil penganugerahan daripada pihak SKM

Penganugerahan sijil dan plak penghargaan telah diterima oleh Pengerusi Koperasi, En. Mahdon bin Hj Tasim sambil disaksikan oleh Setiausaha Koperasi, Tn. Hj. Zaulkefli di Trove Hotel, Johor Bahru.

Pengurusan Koperasi mengucapkan terima kasih kepada kepada semua anggota, yang terus memberikan sokongan, pandangan dan keyakinan mereka kepada pengurusan Koperasi. Koperasi akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggotanya.

Majlis Ikrar Pekerja Baru


18 Julai 2020: Seramai 2 orang pekerja baru Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Berhad telah membaca Ikrar Pekerja di hadapan barisan anggota lembaga Koperasi pada Mesyuarat Lembaga Bil.16/2019-2020. Ikrar yang dilafazkan bertujuan untuk membolehkan warga kerja menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik -baiknya.

En. Mahfidz (Kiri) dan En. Amir (kanan) membacakan ikrar pekerja sambil disaksikan oleh Anggota Lembaga KOOPJB.

Koperasi telah melantik 1 orang Pemb. Eksekutif (Kewangan), dan 1 orang orang Pemb. Eksekutif Rendah. Pihak pengurusan mengharapkan pelantikan mereka dapat dapat meningkatkan mutu operasi harian Koperasi.