Jawatan Kosong

Jawatan Kosong: Peluang kerjaya bersama Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad sebagai Penolong Akauntan KOOPJB. Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan boleh memuat turun borang permohonan di pautan berikut:

http://www.koopjb.my/…/BORANG-JAWATAN-KOSONG-P.A-2020.pdf

Tarikh Buka Permohonan : 25 Oktober 2020
Tarikh Tutup Permohonan : 1 November 2020

Sila hantar borang permohonan anda ke :
Setiausaha
Koperasi Pegawai Kerajaan Johor Bahru Berhad
Tingkat 3, Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby,
80000, Johor Bahru, Johor

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Mufti Negeri Johor

7 Oktober 2020: Wakil Anggota Lembaga Koperasi diketuai oleh Tn. Hj. Ibrahim bin Dato’ Ali (Timbalan Pengerusi Koperasi) bersama Tn. Hj. Mohd Salleh bin Sulaiaman (Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Galakan Pendidikan KOOPJB) dan En. Sufianhadi bin Mohd Rais (Pengerusi Jawatankuasa Ar – Rahnu KOOPJB) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Mufti Negeri Johor, YB Sahibus Samahah Dato’ Hj. Yahya Bin Ahmad dengan tujuan melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Badan Syariah KOOPJB.

Pembayaran Dividen Anggota Tahun 2019

Pihak pengurusan KOOPJB dengan ini mengumumkan bahawa bayaran dividen kepada anggotanya bagi keuntungan daripada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 akan mula dilakukan secara berperingkat bermula pada 5 – 12 Oktober 2020. Pembayaran akan dibuat secara atas talian ke akaun perbankan yang telah didaftarkan oleh anggota KOOPJB. Sila hubungi kami di talian 07 – 223 2201/0201 untuk sebarang urusan atau maklumat lanjut. Mohon kerjasama untuk dihebahkan maklumat ini kepada anggota kenalan tuan/puan. Sekian, Terima kasih.

Tawaran Sebutharga


KOOPJB mempelawa kepada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan SSM atau Kementerian Kewangan Malaysia bagi Kerja – Kerja Mencetak Buku Mesyuarat Agung Tahunan ke 54 KOOPJB.
Tuan/Puan boleh mendapatkan borang sebutharga dengan cara :

1) Menghubungi : 07 – 223 2201/0201
2) E-mail : mail@koopjb.my
3) Hadir ke Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad.

Sekian, Untuk makluman.